Selamat Datang


Tuesday, October 1, 2013

Renungkanlah~bismillahirrahmanirrahim....


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa laut. 

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astaghfirullah jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut.

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu yang tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang alam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu,walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, kerana sudah biasa

Monday, September 30, 2013

Kelebihan Surah Al-Kautsar


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Surah ini paling pendek, hanya  mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah
dan bermaksud sungai di syurga.  Kolam sungai ini diperbuat daripada batu
permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih  putih daripada
susu  dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.
kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang
dikasihi  iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita  amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan  berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.
makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher,
Insya'Allah hilang dahaga.

3) Jika  sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air
mawar yang sudah  dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan
Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir  itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita  akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya,  hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk
ketika  menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya  sebanyak 71x, Allah
s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak  bersalah
tetapi   dizalimi.

Perkara yg baik  kita amalkan slalu. Sebar2kan kepada kekawan, terima kasih.